Monday, June 12, 2017

Kelebihan Beli Emas?

Perasan tak sekarang musim emas naik harga? Kenapa? Mudah sahaja, kebiasaannya musim perayaan harga emas akan meningkat. Selalunya pada Hari Raya Puasa dan Chinese New Year.

menjadi kebiasaan segolongan rakyat Malaysia yg gemar membeli brg kemas baru untuk diperagakan ketika hari perayaan. Namun, bukan itu sahaj penyebab naiknya harga emas. Harga emas juga boleh naik disebabkan oleh pengaruh situasi semasa ekonomi. Terutamanya inflasi/ peperangan.

Oleh yang demikian harga emas tidak mungkin akan jatuh sgt2 rendah sepertimana 20-30 tahun dahulu. Ia mungkin akan jatuh tapi, akan kembali naik disebabkan ianya adalah agak sukar didapati.


tetapi apakah kelebihan membeli dan meilikinya selain daripada dapat memperagakan?

Okay, suatu waktu dahulu, pembelian berdasarkan tukar beli barang. Kemudiannya, berdasarkan nilai emas yang ditukarkan dengan sesuatu barang.
Sekarang, emas sudah ditukar fungsinya menggunakan wang kertas yang dicipta nilainya berdasarkan simpanan emas dalam sesebuah negara.

Kiat skip bahagian sejarah dan monetary system. Kita pergi kepada apa kelebihan memiliki emas.

pernahkah anda mendengar berkenaan pajak gadai emas atau arrahnu?

Arrahnu merupakan satu opsyen bagi kita membuat pinjaman wang dengan memajakkan emas yang kita miliki. Tetapi, yang bagusnya, anda tidak berhutang kosong dengan pemajak kerana emas anda disimpan oleh mereka. (Perlu diingatkan berurusanlah dengan arrahnu yang berdaftar sahaja).

Dengan memiliki 100gm emas/dinar,
anda boleh pergi ke arrahnu untuk menukarkannya kepada duit tanpa perlu menjual emas tersebut.

sebagai contoh;

arrahnu bank rakyat;

100gm emas 916 dengan harga semasa adalah RM190/gram

bermakna nilai marhumnya;
100gm x 190 = RM19,000

Biasanya arrahnu mempunyai peratusan pinjaman yg berbeza2. jika sekiranya hanya 65% drp nilai marhumnya, maka anda boleh meminjam

65% x RM19,000 = RM12,350

dan setiap bulan dikenakan caj upah kerana menyimpan emas tersebut selama 6/12 bulan.
biasanya 5.5% bg 6 bulan. Jadi apabila anda ingin mengambila semula barang kemas dalam tempoh yg diberikan, anda perlu membayar RM12,350 + upah.

Tetapi sekiranya anda tidak dapat melunaskan dalam tempoh itu, anda boleh pergi semula ke arrahnu untuk menyambung kontrak dengan melunaskan upah.

Namun, sekiranya anda tidak melunaskan upah tersebut dalam tempoh yg dinyatakan di dalam kontrak, emas anada akan dijual dan sekiranya ada lebihan tunai selepas ditolak nilai pinjaman dan upah, baki duit akan dipulangkan kepada anda. Tetapi biasanya mereka memberi tempoh sehingga 1 bulan untuk melunaskan upah atau pinjaman keseluruhannya.

Ok, bila dah dapat duit, apa perlu anda buat?

Seorang yang bijak tidak akan membelanjakn duit tersebut kepada perkara yang tidak memberi tambah nilai kepada kewangan anda seperti telefon bimbit baru, baju kasut berjenama atau duit muka kereta. 

Tetapi, seorang yang bijak akan melaburkan duit itu kepada jenis pelaburan yang mendatangkan keuntungan seperti, ASB, TH, atau hartanah.

Contohnya;

Anda berminat dengan hartanah bernilai RM 100,000.
Anda pajakkan emas bernilai RM19,000 dan mendapat pinjaman tunia sebanyak RM 12,350.

Anda gunakan duit tersebut untuk membayar deposit rumah 10% sekiranya anda tidak medapat loan 100%.
Sekiranya, anda berjaya mendapat loan 100%, duit tersebut boleh digunakan untuk membayar yuran guaman atau lain2 kos yang perlu untuk memiliki sebuah rumah.

Bayangkan rumah tersbeut anda beli RM70,000 dengan bayaran bulanan RM400 dan anda dapat sewakan RM500 sebulan, anda sudah untung sebanyak RM100 setiap bulan. Duit ini, boleh anda laburkan di ASB, TH dan apabila cukup 6 bulan, anda pergi ke arrahnu kembali untuk melunaskan upah supaya dapat melanjutkan lagi kontrak dan seterusnya dapat lebih masa untuk membayar pinjaman tersebut.

Namun, sekiranya anda berjaya menjual rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi dan berjaya memperoleh keuntungan lebih RM30,000 bersih selepas ditolak cukai, anda mampu membayar keseluruhan pajakan tersebut dan membawa pulang kembali barang kemas tersebut, dan lebihan tunai sebanyak lebih kurang RM15,000.

Bagaimana pula sekiranya anda tidak berminat untuk membeli rumah tetapi lebih suka melabur dalam bond agar lebih selamat dan mudah?
Anda boleh meletakkan sahaj duit tersebut di dalam ASB atau TH. Namun perlu diingatkan pelaburan tersebut mesti menjana lebih banyak daripada upah yang perlu anda bayar nanti.




No comments:

Post a Comment